Thursday 25 February 2010

' Selamat Menyambut Maulidur Rasul"

Tema tahun ini...
"Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah”
Disini juga kenanganku dgn dia...

emm..

seminggu dah aku tak enter blog,buzy la...leceh betul...mcm2 hal..
balik keje semalam aku gie kedai keta...bukan pasal nak survey keta baru...tapi pasal ada paku lekat kt tayar depan aku tu...disebabkan esok ptg nak balik Muar..kena la cabut...for safety...uhuhuhuhu..pas tu aku bawak si cantik aku Zuyyin gie jenjalan ke jusco w.maju..amboi...bab dgr mama dia nak bwk jalan...bukan main lagik...apa tak nyer..dah sah2 la dia pau aku main game & aiskrim kat MD.
Dapat aiskrim...dah puas main game aku pun pujuk2 la dia teman aku makan kat f/court JJ tu..hehe..berjaya juge...dpt la aku makan kueh teow kunf fu & teh tarik..haaaa..lega.
emm..pagi nie report plak kurang...agaknyer dia org nie saja nak kasik group aku rilek kot sempena nak menyambut PH esok hahahaha...apa pun aku dah breakfast tosey tadik...jom la sambung tugas masing2 yer...
i love u...

Friday 19 February 2010

article to share

Baran merosak hubungan

TINGKATKAN kesabaran dalam berdepan kemelut hubungan kerana sikap baran boleh menyebabkan pasangan anda menjauhkan diri.

KEMARAHAN adalah emosi semula jadi manusia untuk menangkis persepsi, ancaman atau serangan terhadap diri. Ia juga adalah sebagai refleksi pertahanan seseorang terhadap sesuatu prinsip yang diyakininya.

Namun, masalah sering terjadi apabila kemarahan itu disalah urus dan lebih teruk sekiranya ia kekal menjadi tabiat yang dilabelkan sebagai ciri peribadinya.
Sikap baran boleh menjadi penyebab utama berlakunya konflik dalam kehidupan peribadi dan perhubungan profesional.

Tidak hairanlah hari ini, kemarahan yang melampau itu sering dizahirkan dalam perbuatan seperti keganasan domestik, sikap buruk di jalan raya, konfrontasi di pejabat hinggalah kepada perlakuan yang menjejaskan ikatan suami isteri.

Dalam soal cinta, adakah anda seorang yang berjaya mengawal emosi? Bagi setiap perselisihan pendapat yang berlaku, adakah penyelesaian akan diiringi dengan cara mengherdik atau menengking? Mungkin lebih dahsyat, bagi yang tidak dapat mengawal perasaan, kemarahan itu disertai dengan keganasan fizikal.
Sebagai langkah menghadapi situasi seperti itu, adalah disyorkan agar seseorang itu meningkatkan paras kesabarannya. Selain berfikir secara rasional, berikan peluang untuk komunikasi dua hala berlangsung.

Apabila seseorang sedang bercakap, seorang lagi perlu mendengar. Peluang untuk memberi penjelasan hendaklah diberi secara saksama. Berikut adalah antara tip untuk membimbing mereka yang mempunyai pasangan yang panas baran.

Berdiam diri
Api tidak boleh dilawan dengan api. Maka, apabila salah seorang sedang dalam keadaan marah, hendaklah pasangannya berdiam diri dan cuba mendengar butir bicara itu sebagai input penyelesaian. Setelah habis kemarahan itu dilepaskan, berikannya 'masa tambahan' untuk meredakan perasaan. Tunggu sehingga waktu yang sesuai untuk berkata-kata.
Menjauhkan diri buat seketika

Dalam tempoh yang diberikan kepada orang yang panas baran untuk meredakan kemarahannya, jangan cuba melakukan sesuatu yang mengganggu ruang privasinya.
Ini termasuklah gangguan keselesaan persekitaran dari aspek bunyi, ruang dan pandangan. Orang yang panas baran sentiasa akan mencari sebab untuk menyalahkan orang lain jika sesuatu faktor itu diterjemah sebagai masalah buatnya.

Berikan masa untuk reda
Orang yang panas baran lazimnya akan malu sendiri akan perbuatannya. Waktu yang diberikan kepadanya tanpa diganggu akan membuatkan si baran itu memikirkan semula apa yang telah dilakukannya.
Sama ada kemarahan itu kerana dia di pihak yang benar ataupun tidak, dia akan kembali kepada pasangannya untuk sesi penyelesaian yang lebih terhormat.

Memilih corak percakapan
Berhati-hati dengan pemilihan perkataan anda. Jika anda tersilap menuturkan sesuatu, lebih-lebih lagi ketika kemarahannya belum reda, ia boleh memburukkan lagi keadaan.
Keras lawannya lembut. Maka, lenggok bahasa yang santun boleh memujuk hati pasangan yang baran. Meskipun berlembut, itu tidak bermakna prinsip dan kebenaran tidak boleh disampaikan secara efektif.

Terapi minda dan fizikal
Kaedah bertenang yang paling ringkas dan mudah adalah dengan mengambil nafas panjang dan dalam. Bayangan visual yang menenangkan dari dalam ingatan atau imaginasi juga boleh membantu meredakan rasa marah. Banyak buku dan majalah yang boleh membimbing seseorang yang sedang marah atau bagi mereka yang menghadapi orang yang sedang marah.
Bagi mereka yang mengakui memiliki tabiat pemarah, boleh mencuba teknik ini. Tarik nafas panjang dan bayangkan udara memenuhi diafragma. Kemudian lepaskannya semula dengan perlahan dan pujuk diri secara psikologi dengan memikirkan perkataan seperti bertenang atau anggap mudah.
Bagi menambah kekuatan diri dalam menghadapi situasi tegang itu, seseorang boleh mencuba teknik regangan seperti dalam riadah yoga ataupun rutin ibadah sembahyang. Dalam berdepan dengan ujian perhubungan itu, kita masih perlu berharap dan berdoa.

Friday 12 February 2010

hari nie


keje bosan skit..keje sambung yg semalam,batuk aku masih lagi berlarutan..dah makan limau 2 bijik nih..skrg aku nak kuar makan tghari..perut dah lapar giler...

Thursday 11 February 2010

heheh..kasut & beg baru ku...
















apa yer...







apa la yg lain kt gambar nie ek..


klu perasan tu...diam2 jer la...


hehehhe..


































Tuesday 9 February 2010

Aku & Feera


heheheh....nie la Feera..
posing kt maner tuh....

Aku...



































Aku selsema & batuk lagi..braper hari tak post kat blog nie..sibuk..pastuh tak sihat.
nie adalah pic2 baru masa birthday Yin yg ke-3 08/02/2010.Kek & hadiah dari Busu Ain nyer.






Friday 5 February 2010

My Family






















Lagi...



perasan la tuuu...heheh..sebenarnya aku suka betul kt sireh junjung pihak lelaki niee...

alaaa...

Ju and Busu



haa..nie adik bongsu abah...busu Norlia..cantik tak gambar kita org nie...heheheh...gambar nie masa dlm dewan majlis pertunangan adik 03/10 yg lepas.