Tuesday 23 March 2010

emm..


boring-boring-boring

lama dahh...




aku tak post kat blog nie ek...bukan apa buzy la..keje...takpe hari nie aku post pic baru aku..ok ke tak?pagi nie aku rasa ngantuk..dlm train tadik pun aku lelapkan mata...macam tido tapi tak juga tido...camner tu?doket aku pun kurang..nak f/up jer mana yg ada..emm..cuaca pn tak braper baik..jp panas...tapi petang mendung & hujan.


esok jom la ke dataran merdeka..pelancaran HSBB..

Monday 15 March 2010

2 Hari di...

Melaka & Muar..
sabtu 13/3 hantar 2 org anak aku ke Melaka..sempena cuti sekolah nie..yg sulong tak leh gie sebab byk kelas tambahan utk upsr nanti.So aku pun drive dr kl 10am dan spi melaka 1230pm.Lepas makan lebih kurang aku pun chaw balik Muar.Dok sana 2 mlm ahad semalam 6pm aku pun balik kl-sepanjang perjalanan hari hujan sampai la ke kl pun sama.Aku tak dpt nak pandu laju...mmg hampeh..
sampai umah punyer la penat,mandi,makan,rendam baju...kol 11pm aku dh lepas.Pagi2 bangun kena pegi keje...ARGGGG...
Bile la klu aku bangun2 jer...bukak mata...tetiba depan aku ada sarapan yg dah siap & aku ada kt tepi pantai?pantai mana?yg paling cantik lam msia nie pantai apa ek??
emmmm....angan2 jer la nko Ju..
byeeeeee

Wednesday 10 March 2010

gambar bowling csoc ent2





nie gambar masa csoc ent masuk pertandingan bowling baru2 nie...
yg baju kuning En.Nor Fadzly ( Manager),baju merah En.Abdul Hashim Waswadie,baju putih shila,baju oren En.Kamarul.Baju merah pakai cap En.Baharun...

Aku mengantuk lagi...

sebab mlm tadik aku tidor di Hospital ( HKL) temankan mak yg dah admitted sejak ahad hari tu..kena attack asma/darah tinggi naik & heart bit laju.emm..mlm nie lom tau lagi saper nak tunggu..aku ok jer..tapi anak2 kt umah yg kesiannyer...nak2 si Zuyyin yg tembam tu...asyik tanya mana mama dier.
aku plak dah ler mlm tadik tgk mcm2 kes dlm wad 24 tu..yg emergency kena tebuk la..masuk wayar la..yg kena serang asma sampai mcm nak mati pun ada...tapi aku tak kisah sgt..sebab aku dulu2 baisa masuk & melawat-lawat wad nie hahhaahhaha...
harapnyer mak akan cepat baik.

Friday 5 March 2010

Antara cerita menarik TM

Assalamualaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera

YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan
Warga TM yang dihormati sekalian,


RENUNGAN

KEWAJIPAN SOLAT JUMAAT KEPADA WARGA LELAKI MUSLIM


Perhatian

Berdasarkan pemerhatian kami di Kafeteria Aras 3 dan Riverside Menara TM pada hari Jumaat, 19 Februari 2010 yang lalu, didapati 28 orang anggota TM dan pekerja Kafeteria yang beragama Islam tidak menunaikan Solat Jumaat.

Adalah diharapkan bahawa perkara ini tidak akan berlaku pada hari Jumaat yang seterusnya. Sekiranya perkara ini(Tidak Menunaikan Solat Jumaat) masih berlaku maka kami akan membuat laporan kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk tindakan selanjutnya.

Thursday 4 March 2010

kepada yg mencari pasangan atau sedang bercinta dan

9 ciri lelaki Sejati

Lelaki sejati bukan dilihat daripada bahunya yang kekar, tetapi daripada kasih sayangnya pada orang di sekitarnya.

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada suaranya yang lantang, tetapi daripada kelembutannya mengatakan kebenaran.

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada jumlah sahabat di sekitarnya tetapi daripada sikap bersahabatnya dengan orang lain.

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada bagaimana dia dihormati di tempat kerja tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah.

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada kerasnya pukulan tetapi daripada sikap bijaknya memahami persoalan.

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada dadanya yang bidang tetapi daripada hati yang ada di sebaliknya.
# Lelaki sejati bukan dilihat daripada banyaknya wanita yang memuja tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya.

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada jumlah tanggungjawab yang dipikul tetapi daripada tabahnya dia menghadapi liku kehidupan.

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada rajinnya dia membaca kitab suci tetapi daripada konsistennya dia melaksanakan apa yang dibacanya.

Jika anda berasa lelaki yang didampingi itu benar-benar memenuhi piawaian ditetapkan atau memang jodoh tersurat dengannya, mungkin anda boleh mulakan bicara untuk membuka mindanya berbincang mengenai masa depan dan perkahwinan.

Namun, banyak perkara harus diambil kira contohnya:

# Pasangan yang diajak mengahwini anda mungkin pandai merayu tetapi tidak mampu mempertahankan hubungan.

# Jangan terjebak ilusi romantis semata-mata.

# Hati-hati dengan pasangan yang hanya menabur janji atau sering menghulur hadiah, namun tidak dapat memberikan sokongan pada saat diperlukan.

# Carilah pasangan yang boleh memberikan rasa tenang selain sentiasa bersedia membantu pada

yang mana satu ciri-ciri pilihan anda?atau pada ayat yg telah dibold kan itu?fikir2 kan la...

comey tak?



comey tak mamat nie?

eheheheh

hi..

boring tul la keje hari nie..doket punyer la byk dari semalam...ingat hari nie slow...pun sama jugak...dah ler tangan kiri aku nie lain mcm jer rasa...nak kata kebas bukan kebas...tapi cam tak sedap la...aku takut ada penyakit jer...ish...mintak jauh la.
korang nak tau tak apa jadik masa aku naik train pagi tadi?haaaa...tgh aku syok jer dok dlm train tu...tetiba mata aku nie terpandang la ada tangan mamat sekor nie....umur pun lam awal 40an laaa..baik punyer meraba punggung sorang kakak nie...aku tenung-tenung lagik nak pastikan yg dia mmg betul2 meraba...ahhh...sah la mmg cfm dia tgh meraba guna ibu jari..aku pun dgn tak berpikir2 lagi terus pukul tangan si mamat tu...sambil pekik " oi! dlm train pun gatal nak meraba ker?mamat tu senyap jerk...muka pucat...klu dia tak salah for sure la dia marah aku balik kan?tapi bile dia diam jerk...mmg betul la dia buat keje tuh...yg aku geram di kakak tu plak boleh senyap...takut2 jerk...sambil gerak2 badan nak kedepan la konon...nko pekik je la kan?
eeee....aku jugak yg supergirl penyelamat dia hehehehehe...
mamat tu nanti kena letak minyak la kt tangan dia tu...aku pukul kuat tuuuuu.....ekekekekke

Tuesday 2 March 2010

Aku dah keje

pejam celik dah dtg keje balik,tak puas rasa cuti balik kampung..bukan apa dah bosan dok lama kl nie...rasanye klu ditanya pada korang pun,jawapan nyer sama ajer huuhhu...penat ooo drive dari kl-muar-kl balik fuh!sakit gak lak bahu nie...dh aku jer sorang pegang stering kereta tu..emm..majlis kahwin adik sepupu aku pun dah selamat pada 27 febuari.Sepanjang kt sana cuaca punyer la panas...nak terbakar kulit dibuatnyer..aku cam nak terjun kolam,tapi kat umah paklong aku tu takdek kolam,nak terjun perigi kang org ingat aku nak bunuh diri...eheheheh..
nak wat camner...lap jer ler peluh yg berjurai tuh..abis2 aku masuk bilik air mandi...pasnih ntah
bila aku akan balik muar lagi..byk oo kenangan kat sana tu...huhuhuh...
saper nak ikut jom...
nanti kita pergi okey..

babaiii